MISI BANTUAN BANJIR 2021

Pada 14- 17Januari 2021, Majlis Pengakap Kelana Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun membantu mangsa-mangsa banjir. Khidmat bakti ini secara tidak langsung bertujuan untuk membantu pihak barisan hadapan dalam memastikan keselamatan penduduk di sekitar kawasan banjir tersebut di samping meringankan beban  mereka dalam bantuan pengagihan makanan, memasang khemah dan juga memastikan SOP pada ketika itu terjaga. Pihak MPKNg Sarawak mengambil kesempatan untuk turut serta di dalam misi tersebut memandangkan cuaca di Sarawak pada ketika itu tidak begitu baik. Hal ini menyebabkan paras air pada ketika itu naik menyebabkan kawasan-kawasan yang berdekatan dilanda banjir. 

Pada hari pertama, kami terbagi kepada 6 kumpulan dan ditempatkan di kawasan banjir teruk. Berikut merupakan kawasan yang mengalami banjir teruk:

Daerah Matang : SJK Chung Hua Sejijak, SMK Sejijak dan Dewan Masyarakat Sejijak
Daerah Bandaraya Kuching : SMK Batu Kawa
Daerah Petra Jaya : SJK Che Buyong dan Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa

Semua ahli pengakap kelana termasuk beberapa orang pemimpin bersama-sama membantu dari segi tenaga kerja dan sebagainya. Usaha kami semua pada hari ini membuahkan hasil dimana pada keesokan harinya beberapa buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah berkurangan jumlah mangsa. 

Pada hari kedua kami semua membantu di PPS Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa memandangkan PPS ini dibukan pada 15 Januari dan mangsa pada ketika itu semakin meningkat. Tambahan pula, JKM pada ketika itu kekurangan kakitangan menyebabkan mereka amat sukar untuk menguruskan PPS pada ketika itu. Oleh hal yang demikian kami pihak MPKNg Sarawak membantu mereka dari segi pendaftaran mangsa dan pengagihan makanan dan minuman. Di penghujung hari, kami mendapat impak positif dimana kami mampu membantu dari segi tenaga kerja dan mampu meringankan beban pihak JKM. Pada hari ketiga dan hari yang terakhir, ahli kelana daerah Petra Jaya membantu di PPS yang sama kerana pada ketika itu, mangsa semakin meningkat dan mereka sangat memerlukan bantuan tenaga. Kami berada di sana sepanjang hari bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Kesimpulannya, kami akan sentiasa bersedia dan berkhidmat ketika mana kami diperlukan selaras dengan motto kelana iatu berkhidmat. Di samping itu, dengan melakukan khidmat bakti kami mengetahui bahawa ada diantara mereka yang amat memerlukan bantuan diluar sana, oleh yang demikian kami akan sentiasa bersedia.

 

Started Ended
Number of participants
55
Service hours
1320
Location
Malaysia
SDGS

Share via

Share