MESYUARAT KARNIVAL 4K PPM KLMIPG
Malaysia

MESYUARAT KARNIVAL 4K PPM KLMIPG

Seramai 22 orang Ahli Majlis Tadbir PPM KLMIPG telah membuat mesyuarat bagi membincangkan Program Karnival 4K di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. Ahli Majlis ini terdiri dari Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri. Mesyuarat bermula dari 28 Mei hingga 29 Mei 2018. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pengisian aktiviti Karnival 4k yang terdiri dari MOP, KMK, Kolokium, Jota joti, Inovasi, Forum Belia dan Lencana Kemahiran. Tujuan Karnival 4K ini untuk memberi pendedahan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran kepengakapan kepada bakal pemimpin Pengakap. Karnival ini melibatkan semua IPGK seluruh Malaysia.Setiap IPGK akan menghantar 2 orang pensyarah dan 6 orang bakal pemimpin. Karnival ini akan dijalankan pada 25-27 September 2018. Tema Karnival adalah Halatuju kepengakapan dalam abad ke21. 4K bermaksud kemahiran, kepegawaian, kejurulatihan dan kepengelolaan Pengarah Program ini adalah Dr. Ali Ahmad bin Seman dan jawatankuasa kerja telah dibentuk untuk menggerakkan Karnival 4K.
Started Ended
Number of participants
22
Service hours
132
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Partnerships
Personal safety

Share via

Share