MERDEKA WALK & CLEAN UP THE WORLD 2017

MERDEKA WALK & CLEAN UP THE WORLD 2017

Kumpulan Latihan Kelanasiswa USM telah menghantar seramai lebih kurang 35 orang peserta yang terdiri daripada ahli KLKM LEVEL 300 bagi sama-sama menyertai prorgarm ini dibawah anjuran Politeknik Metro Tasik Gelugor dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau . Program ini adalah lebih kepada aktiviti membersihkan kawasan . Program ini bertempat di Taman Negara Pulau Pinang . Sangat seronok kerana kami juga turut bersama Pengakap Kanak-kanak . Pada awalnay kami sama-sama melakukan senamrobik dan setelah itu kami diagihkan kumpulan dan kawasan masing-masing . Saya dan ahli KLKM USM dan politeknik ditugaskan untuk membersihkan kawasan USM SMED . Perjalanan kami ke kawsan tersebut memerlukan kami untuk melakukan "hiking" . Perjalanan mengambil masa selama 40 minit pergi dan 40 minit balik . Kami sangat seronok . Aktiviti ini bukan sahaja bagi menjaga alam sekitar malah ia juga membantu badan untuk bergerak aktif .
Number of participants
35
Service hours
210
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share