MENJELAJAH AWARD BARU DI KUALA SELANGOR!!!
Pada tarikh 5 hingga 7 Mei 2017, saya dan beberapa peserta Pengakap dari pelbagai tempat telah menjalani kursus "SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY" peringkat kebangsaan yang bertempat di Balai Masyarakat Taman Melawati Jaya, Kuala Selangor. Kursus ini disertai oleh 38 orang ahli Pengakap Kelana dari pelbagai negeri di Malaysia iaitu Negeri Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk membuka mata ahli Pengakap agar kami terdedah tentang sebuah anugerah yang dikenali SCOUT OF THE AWARD(SWA) dan melatih kami berfikir tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan anugerah bertaraf antarabangsa tersebut. Anugerah ini secara tidak langsung dapat membantu negara kita yang tercinta yakni Malaysia. Sememangya kursus yang diadakan ini padat dengan ilmu pengetahuan yang dapat kami bawa pulang bersama dan mengaplikasikannya.