Manikayu di Tanjung Laboh
Pada 12-14 Oktober yang lepas telah berlangsung satu kursus manikayu peringkat 3 bahagian 1 bagi pemimpin unit pengakap kanak-kanak di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat. Seramai 32 org pemimpin unit pengakap kanak-kanak telah menyertai kursus ini. Pengisian program amat membantu dari segi teori dan amali bagi pemimpin yang hadir. Di akhir kursus, peserta telah mendapat dua tugasan iaitu projek perintis dan projek pendek. Bagi projek perintis, saya perlu membuat satu gajet menara tinjau manakala projek pendek mengenai bahan letupan dan bahayanya. Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh kursus ini dapat dipraktikkan semasa di sekolah dan kesemua peserta kursus berjaya dikalungkan dengan manikayu 2 bead.