Light Buzzing

Light Buzzing

Pada 31/8/2018-2/9/2018, kami telah menjalankan projek akhir kami di Kampung Orang Asli Peta, Ulu Endau Mersing Johor. Sebelum itu, kami telah mengubah sedikit komponen lampu solar tersebut setelah melihat hasil projek rintis kami di Kampung Vietnam. Ini kerana, lampu solar yang terdapat di Kampung Vietnam agak malap. Jadi, kami mengambil inisiatif untuk mengubah sedikit komponen lampu solar tersebut seperti menukar mentol dan watt supaya projek akhir kami ini dapat memberi impak yang positif kepada penduduk Kampung Peta. Setibanya kami di kampung tersebut, kami berjumpa dengan ketua kampung atau lebih dikenali sebagai Tok Batin untuk memberikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami menginap di Kampung Peta. Seterusnya, kami pergi ke sekolah kampung tersebut sebagai tempat penginapan kami disana. Selepas kami membuat persiapan diri, kami mendengar dahulu sedikit sebanyak penerangan daripada Prof Mus. Selesai sahaja penerangan tersebut, kami diminta untuk memulakan kerja. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada enam orang ahli bagi memudahkan lagi kerja pada hari itu. Tugas kami untuk hari tersebut adalah mencangkul dan menggali lubang untuk menanam tiang lampu solar tersebut. Kami perlu menggali lubang sebanyak 15. Setelah selesai kerja menggali lubang, kami membuat persiapan diri untuk makan malam dan solat berjemaah. Sesudah sahaja solat berjemaah, kami mendengar sedikit taklimat daripada Prof Mus untuk tugas pada hari esoknya. Selepas itu, kami diminta duduk di dalam kumpulan untuk merancang perjalanan kerja kami pada hari esok. Kumpulan 1 diminta untuk memasang ‘street light solar lamp’ dan kumpulan 2 diminta untuk memasang lampu solar di kawasan jeti kampung tersebut. Selepas selesai berbincang, kami membuat persiapan awal untuk sarapan supaya memudahkan dan dapat menjimatkan masa pada pagi esok. Selesai sahaja kerja-kerja pada malam itu, kami merehatkan diri untuk mengumpul kembali tenaga pada hari esok. Pada keesokan harinya, kami berkumpul mengikut kumpulan. Kumpulan 1 mencari bahan dan peralatan untuk membancuh simen. Antara bahan yang kami perlukan untuk membancuh simen ialah simen, batu, pasir dan air. Kami membancuh simen dengan nisbah 4 pasir : 2 simen : 1 batu. Setelah selesai membancuh simen, kami mula menanam tiang pvc utama pada setiap lubang yang telah digali semalam dan menutup permukaan atas pvc itu dengan plastik supaya dapat mengelakkan simen tersebut lambat kering akibat musim hujan yang sering melanda sejak kebelakangan ini. Di samping itu, kumpulan 2 menjalankan tugas mereka dimana mereka perlu memasang lampu solar di kawasan jeti Kampung Peta. Mereka telah menggunakan 15 unit lampu solar untuk dipasang di kawasan tersebut. Antara tempat-tempat yang telah dipasang adalah tandas, pokok, sepanjang laluan ke jeti serta jeti. Jeti merupakan salah satu tempat penting kerana ia merupakan tempat persinggahan bot penduduk kampung tersebut. Pada sebelah petang pula, kumpulan 1 sambung tugasan dimana mereka perlu menyambungkan batang paip pvc tersebut serta lampu solar bagi menyempurnakan hasil projek kami iaitu ‘street light solar lamp’. Kami menggunakan gam pvc untuk menguatkan lagi penyambungan antara batang paip tersebut. Setelah selesai tugasan, kami, seperti biasa kami membuat persiapan diri untuk makan malam dan solat berjemaah. Selepas itu, kami team SWA bergerak ke tempat-tempat projek yang telah kami dirikan pada waktu siang. Selepas melihat hasil-hasil yang telah kami lakukan, kami bersyukur dan berpuas hati kerana dapat memberi manfaat kepada penduduk orang asli kampung tersebut. Pada keesokan harinya dimana hari terakhir kami disana, kami mengemas dan membersihkan semula tempat penginapan kami dengan sebaik mungkin.
Started Ended
Number of participants
12
Service hours
108
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share