let’s raise money
Pada hujung minggu pertama bulan 7, kami telah mencari sponsor di pasar payang serta kedai-kedai yang berhampiran di kuala terengganu. Kami mengambil masa selama 4 jam di sekitar kuala terengganu untuk meminta sedikit sumbangan bagi menampung projek kami. Sepanjang kami mengutip dana disana, terdapat pelbagai jenis ragam manusia. Sebahagian daripada mereka menyokong dan memberi sedikit sumbangan seikhlas hati. Manakala ada juga daripada mereka yang meragui kami. Kebetulan, semasa kami mengutip dana, terdapat ramai pelancong. Kebanyakkan dana yang kami perolehi terdiri daripada sumbangan para pelancong yang hadir pada hari tersebut. Setelah selesai kami mengutip dana di sekitar pasar payang, kami juga pergi ke kedai-kedai berhampiran dengan pasar payang. Terdapat juga ramai daripada tuan kedai yang telah memberi sedikit sumbangan kepada kami sebagai tanda sokongan kepada projek ini. Pada sebelah petang, team kami juga telah mencari sponsor di setiap blok asrama UMT. Setiap ahli daripada kami telah dipecahkan kepada setiap blok. Antara blok-blok yang kami telah meminta sumbangan adalah blok ibnu abbas, blok ibnu majjah, blok ibnu jarir, blok an-nasa'i, blok at-tabrani, blok at-tarmizi, blok b1 dan blok b2. Kami telah mengambil masa selama 2 jam bagi meminta sumbangan untuk setiap blok. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana dua kumpulan terdapat dua orang ahli dan satu kumpulan lagi terdapat tiga orang ahli. Setiap kumpulan diminta untuk mengutip sumbangan daripada pelajar yang berada di setiap blok asrama yang telah ditetapkan. Sepanjang kutipan dijalankan, ramai pelajar yang berminat untuk bertanya tentang program yang akan berlangsung. Kami telah memberi sedikit penjelasan tentang program yang akan dijalankan sekaligus dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang kelebihan projek kami ini. Terdapat sebahagian daripada mereka memberi tindak balas yang positif dimana mereka sudi memberikan sedikit sumbangan kepada kami. Setelah selesai mengutip sumbangan, kami berkumpul kembali dan mengira jumlah wang yang kami peroleh dari hasil kutipan setiap blok.