Let's meet and discuss with Tuan Amir
Pada 3/8/2018, kami team SWA telah berjumpa dengan Tuan Amir di IPG Cheras, Kuala Lumpur untuk membincangkan tentang projek yang bakal kami jalankan pada awal bulan September. Kami bertolak dari UMT pada 2/8/2018 jam 10 malam dan tiba disana kira-kira jam 3 pagi. Perjumpaan bersama Tuan Amir telah diadakan pada jam 2 petang. Sementara menunggu untuk berjumpa dengan beliau, kami telah berkumpul di Perpustakaan Negara untuk membincang sedikit sebanyak tentang projek ini. Ramai daripada kami yang mengeluarkan idea yang bernas tentang kepentingan projek ini. Semasa berjumpa Tuan amir pada sebelah petang, kami meminta pandangan beliau untuk melihat kertas kerja projek yang telah kami sediakan. Beliau juga memberi sedikit sebanyak idea bagi membantu menjayakan projek kami. Pada masa yang sama, kami juga diminta untuk dibahagikan kepada dua kumpulan supaya memudahkan lagi projek kami. Setiap kumpulan itu mempunyai nama kumpulan tersendiri dimana ‘arising turtle’ and ‘awaken turtle’. Kami juga telah berbincang untuk mengubah nama projek kami iaitu ‘Light Buzzing’. Selain itu, beliau juga menerangkan lebih terperinci tentang cara memuat naik kerja-kerja di scout.org. Sesudah selesai perbincangan bersama Tuan Amir, kami beransur pulang ke Terengganu.