lets go for sales!

lets go for sales!

pada hujung minggu yang lalu, pihak UMT telah mengadakan hari keusahawanan. Hari keusahawanan ini terbuka kepada semua pelajar yang ingin membuka gerai untuk sesi jualan. Pihak KLKM UMT juga telah menyewa vendor untuk sesi jualan, dimana kumpulan sponsor yang mengambil alih gerai ini sepanjang hari keusahawanan berlangsung. Ini merupakan salah satu cara untuk kami menambah lagi hasil kutipan bagi menampung dana untuk projek ini. Sepanjang sesi jualan berlangsung, gerai kami telah menjual pelbagai jenis makanan dan minuman seperti ‘air float’, air berkarbonat, ais-krim, kerabu maggi, murtabak maggi, dan lain-lain lagi. Kami telah mengeluarkan sedikit modal sebanyak RM 400 untuk membeli barang-barang jualan seperti cawan dan penutup minuman, straw minuman, maggi, ais-krim, ais, air berkarbonat, tisu, bekas polisterin, plastik, dan lain-lain lagi juga termasuk dengan menyewa tapak. Kami juga ada meminjam peralatan daripada asset kelab bagi mengurangkan lagi kos pengeluaran modal kami. Gerai kami mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar kerana ramai daripada mereka yang menggemari kerabu maggi dan murtabak maggi. Disamping itu, Di akhir jualan kami sepanjang hari keusahawanan, kami telah mengira dan mendapat untung yang memuaskan sebanyak RM 500.
Started Ended
Number of participants
3
Service hours
27
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share