LAWATAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN, PERAK
Program lawatan dari Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Perak ini dijalankan di Universiti Sains Malaysia. Program ini melibatkan 20 orang murid pendidikan khas, ibu bapa dan guru. Saya menjadi fasilitator untuk melakukan aktiviti bersama murid-murid tersebut. Aktiviti yang dilakukan adalah membuat roda kertas gergasi. Kemudian, kami membawa mereka untuk melawat kawasan di sekitar Universiti Sains Malaysia.