Latihan Pengakap di SM Pay Fong
Pada 13 April 2019 yang lalu, satu latihan pengakap telah diadakan di SM Pay Fong Melaka. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menyediakan calon-calon pengakap raja tahun ini sehingga menguasai pelbagai kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pengakap raja. Antara latihan yang dijalankan termasuklah latihan kawad kaki, masakan rimba dan pembinaan gajet.