KURSUS LATIHAN DALAMAN
Seramai 15 orang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim yang telah menjalani kursus latihan dalaman yang dikendalikan oleh saya dan dua orang rakan saya. Kursus latihan yang telah diberikan adalah mengenai kemahiran untuk mengedit gambar dengan menggunakan perisian photoshop. Program ini berlangsung selama dua hari sahaja iaitu pada 20 hingga 21 april 2018 bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas menggunakan perisian photoshop dan asas dalam proses pembuatan poster dengan lebih kreatif. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menggabungkan gambar, membuang latar belakang gambar dan menghasilkan corak sendiri. Rata-rata peserta yang menghadiri kursus ini dapat memahami dan mempelajari pembelajaran yang disampaikan dengan sangat baik. Para peserta yang mengikuti kursus ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam kursus ini.
Program ini telah dianjurkan oleh Eco Volunteer Temenggong Ibrahim (EVOLTI) . Para pelajar yang berkemahiran dalam bidang pengeditan video dan graphic dijadikan sebagai fasilitator dan pengurus kepada kursus yang dijalankan. Program ini tidak melibatkan mana-mana pensyarah kerana ianya dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. ianya telah dianjurkan secara percuma kepada peserta tanpa sebarang bayaran. Program yang dijalankan secara amali dan praktikal ini dilakukan atas dasar sukarelawan semata-mata.