Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam
Pada tanggal 16 januari 2018 telah diadakan Kursus Asas Angkatan Pertahanan peringkat negeri dengan melibatkan 36 orang ahli pengakap kelana SMK Sultan Ismail. Kursus ini dijalankan selama tiga hari telah meliputi beberapa pengajaran asas tentang ilmu penyelamatan, asas pertolongan cemas dan latihan kebakaran melibatkan kerjasama daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM). Diharapkan pelajar-pelajar khususnya para pengakap kelana dapat memanfaatkan segala ilmu yang telahkan dicurahkan dan dapat diaplikasi dalam kehidupan sebenar dan dapat berkhidmat kepada komuniti kelak.