KLM17IPGKTI beraksi di Johor International Agoonoree
Pada 13 Mac 2018, saya telah menyertai Johor International Agoonoree di Savana Hill Resort, Ulu Tiram. Agoonoree ini disertai oleh beberapa negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan United Kingdom. Para peserta Agoonoree ini merupakan ahli pengakap pendidikan khas dan guru-guru pendidikan khas. Saya bertugas menjadi fasilitator bagi aktiviti Raingutter Regatta and Boling Kelapa. Semasa menjadi fasilitator, saya memberikan arahan dan simulasi sebelum mengarahkan para peserta untuk melakukan aktiviti yang saya kendalikan. Oleh itu, dengan penyertaan saya sebagai fasilitator, saya berjaya memperoleh penambahan ilmu mengenai pengendalian aktiviti dengan baik dan cekap.