KLM17IPGKTI beraksi di Johor 4th International Agoonoree

KLM17IPGKTI beraksi di Johor 4th International Agoonoree

Pada 13 Mac 2018, KLM17IPGKTI telah beraksi Johor 4th International Agoonoree di Ulu Tiram, Johor Bahru sebagai ajk program. Agoonoree ini terbuka kepada peserta dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan UK. Saya dan rakan setugas telah diberi tanggungjawab untuk menjaga dua stesen iaitu stesen yang pertama, raingutter rengatta dan stesen kedua, boling kelapa. Pada waktu pagi, saya telah bertugas di stesen pertama iaitu raingutter rengatta. Aktiviti yang dilakukan pada stesen tersebut ialah membina perahu layar menggunakan kotak minuman , batang lidi dan kertas. Peserta dikehendaki melukis objek yang disukai pada sekeping kertas kemudian bina perahu layar. Kemudian, peserta dikehendaki meniup kapal layar tersebut sehingga ke hujung batang paip yang telah diisi dengan air. Pada tengah hari pula, saya dan rakan setugas telah bertugas di stesen kedua iaitu, boling kelapa. Peserta dikehendaki mengolekkan biji kelapa ke dalam bakul. Setiap peserta diberi tiga percubaan.
Number of participants
48
Service hours
288
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share