KLM17 IPGKTI berkhidmat sebagai petugas 4th Johor International Agoonoree 2018
Johor
Kami KLM17 IPGKTI seramai 44 orang telah berkhidmat sebagai petugas (fasilitator) 4th Johor International Agoonoree 2018 pada tarikh 13 March 2018 (Selasa). 4th Johor International Agoonoree 2018 ini telah diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Program 4th Johor International Agoonoree 2018 disertai oleh 800 orang peserta dikalangan murid pendidikan khas yang juga mendapat penglibatan peserta dari United Kingdom, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada hari tersebut, KLM17 IPGKTI telah diagihkan kepada stesen-stesen aktiviti yang telah ditetapkan lebih awal. Di setiap stesen tersebut, kami KLM17 IPGKTI telah menjadi petugas untuk membantu melancarkan aktiviti yang dilaksanakan. Setiap stesen aktiviti itu terdapat ketua petugas yang membantu kami sepanjang ianya berlangsung. Melalui aktiviti tersebut kami dapat berinteraksi dengan murid-murid pendidikan khas. Kami bertugas sebanyak dua sesi. Sesi yang pertama kami bertugas seawal pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kemudian, pada sesi yang kedua pula bermula 2.00 petang sehingga 6.30 petang. Pada sesi yang kedua, kami KLM17 IPGKTI telah bertukar-tukar stesen aktiviti yang bertujuan untuk meraih pengalaman yang berbeza. Selain itu, dapat bekerjasama dan berkenalan dengan ketua petugas aktiviti yang lain.
Natijahnya, program yang dilaksanakan ini sangat memberikan pengalaman yang luar biasa untuk kami KLM17 IPGKTI. Kami berharap pada program yang akan datang, kami diberikan peluang untuk berkhidmat dan meraih pengalaman ini lagi.