KING SCOUT 2017

KING SCOUT 2017

Perkhemahan yang bertujuan menjalani ujian kepengakapan bagi Pengakap Remaja memperoleh gelaran Pengakap Raja. Perkhemahan ini disertai seramai 137 peserta dari seluruh daerah di Perak. Bermula pada hari Khamis sehingga Ahad, ujian demi ujian dijalankan antaranya ujian survival, ikatan, kesenian, kawad kaki, CPR dan banyak lagi. Peserta-peserta perlu lulus lencana Usaha, Maju, Jaya, Kemahiran dan 8 lencana kepandaian untuk menghadiri perkhemahan ini. 

Pada hari kejadian, cuaca tidak menentu telah menyukarkan pergerakan kami (peserta) melaksanakan tugasan yang diberikan. Dengan semangat dan kegigihan yang ada, kami berusaha menyelesaikan tugasan walaupun keadaan tidak mengizinkan untuk memperoleh keputusan lulus. Kami bergerak seiring membantu antara satu sama lain menjayakan ujian yang diberi. Walaupun keletihan, usaha yang dilakukan sebelum ini terbayar pada hari terakhir. Kami berasa sungguh gembira atas asbab tidak perlu menghapi ujian ini selepas ini. Perjalanan pulang, kami meggunakan masa tersebut untuk tidur kerana kepenatan, kekurangan tidur sepanjang perkhemahan berlangsung dalam menyiapkan gadjet. 

 

Started Ended
Number of participants
137
Service hours
3288
Location
Malaysia

Share via

Share