Khidmat Masyarakat (SMK Lokman Hakim)
Khidmat masyarakat yang diadakan adalah untuk berbakti kepada masyarakat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli pengakap. Tugasan khidmat masyarakat dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Pengakap Remaja di kawasan perkuburan manakala Pengakap Muda di kawasan masjid. Pada pukul 8.50 pagi, semua ahli Pengakap Remaja dan Muda bergerak mengikut kawasan masing-masing. Pada pukul 9.25 pagi, ahli Pengakap Remaja telah tiba di kawasan perkuburan dan seterusnya dibahagikan tugasan mengikut kumpulan. Patrol Tun Fatimah 1 telah bekerjasama dengan Patrol Megat Terawis 2 untuk tugasan mencabut rumput. Antara aktiviti pembersihan yang diadakan di kawasan perkuburan ialah mencabut rumput, menyapu daun-daun kering dan membakarnya. Pada pukul 10.30 pagi, segala tugasan pembersihan diberhentikan dan semua peserta diminta merehatkan diri. Semua ahli pengakap bertolak pulang ke SMK Lokman Hakim pada pukul 10.45 pagi dan tiba pada pukul 11.15 pagi.