Khidmat Masyarakat Membersihkan Pantai Serasa
Khidmat masyarakat ini dikendalikan pada waktu petang hari Rabu, 16hb Disember 2020, bersama 7 orang ahli Pengakap Kelana di Pantai Serasa. Adapun tujuan khidmat masyarakat ini diadakan adalah bagi membersihkan persekitaran pantai tersebut yang dipercayai telah tercemar dengan pelbagai material sampah-sarap, khususnya plastik dan polythene. Di samping itu juga, aktiviti ini telah memupuk kesedaran akan kepentingan dan tanggungjawab setiap insan dalam sama-sama menjaga alam sekitar dan mengamalkan budaya kehidupan yang lebih mesra alam. Selain itu, ia turut menerapkan beberapa nilai murni yang antaranya adalah sikap tidak camah mata dan keprihatinan terhadap alam sekitar.