KHIDMAT DI BATANG KALI
Di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, telah berlangsungnya sebuah program khidmat masyarakat yang disertai oleh ahli-ahli krew c Hulu Selangor. Kami telah membuat laluan pejalan kaki menjadi lebih menarik supaya murid-murid sekolah tersebut lebih menggemari untuk menggunakan laluan pejalan kaki tersebut. Hal ini sekaligus mampu meningkatkan keselamatan murid-murid itu.
Alhamdulillah, sumbangan kami dalam menceriakan sekolah telah mendapat sambutan yang baik daripada warga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. Hasil sumbangan kami ternyata mampu memberi impak kepada mereka. Insha Allah, kami akan terus berkhidmat, bukan sahaja di sekolah itu, malah di tempat-tempat yang lain , sesuai dengan cogan kata pengakap kelana iaitu berkhidmat.