Khidmat Bakti Warga Emas (KHIBAWA)

Melihat kedua ibu bapa yang semakin meningkat usia, saya terfikir bagaimanakah kehidupan warga emas yang hidup sebatang kara mahupun warga emas yang tinggal di pusat jagaan orang tua. Bagaimana kehidupan mereka? Bahagiakah mereka?
Program ini dilaksanakan oleh ahli kelana KLKM UKM merangkumi Krew 03. Program KHIBAWA ini telah dilaksanakan di Pusat Jagaan Mahmudah yang terletak di Semenyih, Selangor. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan di sana antaranya adalah membersihkan kawasan sekitar pusat jagaan dan beramah mesra bersama penghuni dengan mengadakan sedikit aktiviti seperti mencanting batik dan berkaraoke.
Melalui program ini, ahli kelana dapat menghiburkan penghuni di pusat jagaan tersebut melalui akitviti yang dijalankan. Program ini telah memberi impak yang sangat besar kepada diri saya bahkan ahli kelana yang lain iaitu untuk sentiasa menghargai kedua ibu bapa dan warga emas yang ada disekitar kita.
Program ini telah membuka mata dan minda ahli kelana untuk sentiasa menghargai ibu bapa dan juga warga emas. Menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita dari kita mula mengenal dunia.
Number of participants
45
Service hours
6
Beneficiaries
28
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Communications and Scouting Profile
Youth Engagement

Share via

Share