Keselamatan Anda Tanggungjawab Kami

Keselamatan Anda Tanggungjawab Kami

Pada pertengahan bulan April yang lalu telah diadakan Jambori Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 18 April sehingga 21 April 2019 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Sehari sebelum perkhemahan belangsung iaitu 17 April 2019, kami pasukan keselamatan yang terdiri daripada Kelana dan Pengakap Remaja telah menghulurkan bantuan bersama-sama para pemimpin bagi persediaan perkhemahan tersebut.

Sepanjang kami bertugas, pelbagai pengalaman dan pengajaran yang kami timba sepanjang kami menjalankan tugas dan amanah sebagai petugas keselamatan. Ianya merupakan tugas yang agak berat kerana kesemua peserta merupakan pengakap wanita, jadi ianya memerlukan kawalan yang lebih ketat agar keselamatan mereka terjaga.

Selain itu, kami juga menjaga lalu lintas kenderaan yang keluar masuk kawasan kem seperti kereta, bas dan sebagainya agar trafik berjalan dengan lebih lancar supaya tidak mengganggu aktiviti para peserta sepanjang perkhemahan berlangsung. Kesimpulannya, banyak pengalaman dan dugaan yang kami terima sepanjang kami bertugas demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan para peserta.

Started Ended
Number of participants
3000
Service hours
90000
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share