Kempen Jom Derma Darah 1.0
Program Jom Derma Darah merupakan program yang amat bermanfaat dalam bidang
kesihatan kerana program ini dapat memberikan kesedaran kepada kita sebagai pihak
penderma untuk membantu pihak lain yang amat memerlukan bekalan darah demi
meningkatkan kesihatan mereka. Oleh itu, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
Universiti Sains Malaysia mengambil peluang bagi melaksanakan program ini dengan
kerjasama Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia dan Hospital Pulau Pinang bagi
menggiatkan lagi program-program derma darah sekaligus dapat membantu
meningkatkan bekalan darah di Hospital Pulau Pinang.