Kem Pengembaraan 1000 KM Kenderaan Awam Level 100
Kem pengembaraan 1000 km kenderaan awam bermula dari USM ke Melaka dan kawasan sekitar Bandaraya Melaka. Sebelum bermulanya kem pengembaraan, taklimat ringkas disampaikan oleh Dr. Mohd Anuar Arshad iaitu Pengerusi Rancangan KLKMUSM dan YDP KLKM USM, Najjah. Kem pengembaraan ini melibatkan 115 ahli level 100 dan disertai oleh Tuan Rozhan (ketua jurulatih KLKMUSM) serta beberapa barisan MT, EXCO dan PE. Selama beberapa hari pengembaraan dilakukan, ahli kelana mampu menambah pengalaman dan lebih memahami antara satu sama lain. Ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada SMK Munsyi Abdullah kerana memberikan kebenaran untuk menggunakan infrastruktur yang terdapat di sekolah tersebut. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada barisan MT, EXCO dan PE yang telah bertungkus-lumus menjayakan kem pengembaraan ini. Tahniah diucapkan kepada ahli KLKMUSM level 100 sidang 2017/2018 kerana berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan. Salam Pengakap.