KELANA SABAH SIAP SEDIA BERKHIDMAT

KELANA SABAH SIAP SEDIA BERKHIDMAT

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) telah dihubungi oleh wakil pihak Majlis
Belia Sabah (MBS) dan dijemput untuk hadir bagi membantu di dalam acara gotong-royong membersihkan
longgokan sumbangan pakaian terpakai pada ketetapan berikut:
Tarikh : 14 Januari 2019 (Isnin)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Putatan, Putatan
Seramai tiga orang pemimpin dan 11 orang ahli kelana telah hadir ke acara gotong royong
tersebut. Antara tugasan yang telah dilaksanakan adalah seperti membungkus pakaian-pakaian terpakai
ke dalam beg plastik, membantu menurunkan barang sumbangan yang datang semasa aktiviti gotong
royong berlansung serta memindahkan beg-beg plastik mengandungi pakaian terpakai ke dalam stor
sementara yang terletak di tepi dewan.
Diperhatikan juga beberapa persatuan dan orang perseorangan telah hadir menyertai acara
gotong royong tersebut. Antaranya seperti St. John’s Ambulance, Kolej Komuniti Penampang, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia, orang perseorangan serta masyarakat setempat.

Number of participants
800
Service hours
4800
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Programme

Share via

Share