Kejohanan Catur Pengakap sempena Bulan Keamanan Sedunia 2019
Malaysia

Kejohanan Catur Pengakap sempena Bulan Keamanan Sedunia 2019

Pengakap Maran dengan kerjasama Akedemik Catur Maran Julung kali telah mengadakan kejohanan Catur Pengakap sempena Bulan Keamanan Sedunia 2019.  Kejohanan diadakan diatas permintaan ahli-ahli pengakap untuk menyemarakan konsep keamanan masyarakat yang berbincang kaum ini..  Ia terbuka kepada semua ahli pengakap yang berdaftar tahun semasa.  Sekitar 130 orang termasuk guru pengiring dan urusetia terlibat menjayakan kejohanan ini.  

Terdapat dua Kategori dipertandingkan iaitu  terbuka lelaki dan terbuka perempuan.  Maka,  serendah umur 9 tahun sehingga 58 tahun bertanding untuk kejohanan catur ini.  

Ia diadakan di dewan seminar PPD Maran dan berlangsung seharian.  Lokasi itu dipilih agar Sasaran peserta dapat di capai dan Tempat pertemuan ahli Akedemik daerah Maran.  

Kejohanan catur Pengakap ini bermula dengan sesi pendaftaran di ikuti dengan sesi taklimat ringkas tentang Peraturan Kejohanan oleh arbiter dari Akedemik Catur Maran.  Ia berlangsung sebanyak 6 Pusingan yang mana menggunakan format masa kawalan 20 minit.  

Para peserta tekun semasa menyertai kejohanan itu..  Walaupon berlainan sekolah dan kaum,  kerjasama erat dapat dilihat kerana Sukan adalah wadah keamanan yang paling sesuai tidak kira Tempat dan masa.   Kegembiraan dan keseronokan semasa bertanding suatu nilai yang tidak dapat diberi.  Pengakap Maran merasa bangga atas penganjuran kali ini. 

 

Hasil keputusan yang diperolehi dimenangi oleh murid sekolah rendah.  Walaupon sedemikian,  fokus kejohanan Selain kemenanganan adalah bagaimana menjadikan sukan ini sebagai suatu wadah untuk Penyambung kepada usaha kecil keamanan dunia. 

Number of participants
130
Service hours
780
Location
Malaysia

Share via

Share