KEBERSIHAN WADAH KEAMANAN SEJAGAT
Program Gotong Royong Mega yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau bersama Pemimpin-pemimpian masyarakat dengan kerjasama Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Balung telah diadakan pada 23 November 2019 bertempat di sekitar perbandaran Tawau. Program ini disertai seramai 2271 orang terdiri daripada pelbagai agensi. Lokasi program telah dibahagikan 9 lokasi utama yang menjadi tumpuan masyarakat. Pengakap Daerah Balung telah ditempat dilokasi Zon 3 iaitu di Pekan Balung bersama dengan YB Datuk Hj. Osman bin Hj. Jamal, DUN N55 Balung Tawau. Objektif utama program adalah mendidik para peserta agar menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Disamping itu memupuk kesedaran orang ramai betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Sampah sarap yang telah dikutip dibuang ke tempat pembuangan sampah, manakala barang yang boleh dikitar semula ditimbang dan dijual kepada syarikat pengumpulan sampah. Hasil jualan diserahkan kepada Badan Kebajikan Masyarakat. Secara tidak langsung program ini juga mendidik kepada peserta bahawa sampah sampah boleh diguna semula dan juga boleh menjadi sumber ekonomi kepada individu. Akhinya program seperti ini dapat memupuk silaturrahim dan perpaduan di kalana peserta dan masyarakat setempat.