KARNIVAL KEUSAHAWAN DAN USAHAWAN MUDA SKBG

KARNIVAL KEUSAHAWAN DAN USAHAWAN MUDA SKBG

Pada 14 Ogos 2018, warga Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong telah mengadakan satu program Karnival Kokurikulum dan Usahawan Muda selama satu hari di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Karnival ini perlu diikuti oleh para guru, kakitangan sekolah, murid serta ibu dan bapa. Karnival ini adalah satu aktiviti yang terkandung dalam aktiviti tahunan di sekolah tersebut. Kegiatan Kokurikulum Usahawan Muda merukan salah satu eleman penting yang melibatkan murid tahap 2. Kegiatan ini merupakan salah satu aktiviti utama yang mesti diserta oleh murid. Melalui kegiatan ini, ia dapat membentuk peribadi murid yang cemerlang dari pelbagai aspek. Disiplin diri, berketerampilan, progresif dan mempunyai daya saing yang tinggi dapat diterapkan dalam diri murid melalui kegiatan ini. Sebagai kemuncak kepada kegiatan ini, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Karnival Kokurikulum Usahawan Muda sebagai menghargai sumbangan dan penglibatan murid dalam kegiatan Kokurikulum. Kegiatan Kokurikulum telah dijalankan oleh pihak sekolah bermula pada bulan Januari 2018. Murid dan guru telah melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi setiap kali kegiatan tersebut diadakan sama ada perjumpaan mingguan ataupun aktiviti lain seperti perkhemaham dan kursus. Oleh itu Karnival Kokurikulum Usahawan Muda diadakan sebagai sambutan hari kemuncak kegiatan Kokurikulum tahun 2018.
Started Ended
Number of participants
786
Service hours
150912
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share