Jota Kebangsaan Ke-5
Stesyen Kluang telah diadakan di SMK Tengku Aris Bendahara
Kami tiba di sana tepat jam 7:50 pagi.
Kami sempat melihat persiapan yang dilakukan oleh Abang-Abang dan Kakak-Kakak dari Pengakap Kelana untuk Jota Kebangsaan ini.
Bukan senang rupanya untuk menyediakan peralatan-peralatan yang agak berusia itu.
Kerana ini adalah program sehari sahaja, sementara menunggu kami diberi pengisian tentang jatidiri seorang pengakap.
Tiba giliran saya, saya dapat berhubung dengan seorang rakan pengakap dari Kedah. Kami diajar menggunakan radio amatur itu oleh Abang kelana.
Sempat juga pasukan pengakap kami, kumpulan 83 mempersembahkan signal semaphore