Jom pelajari ilmu baharu ! kursus bantu mula anjuran Banzai Rovers

Jom pelajari ilmu baharu ! kursus bantu mula anjuran Banzai Rovers

23 Jun 2019 , Ahad - Penganjuran kursus Pertolongan Cemas Asas (bantu Mula). seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang ahli pengakap kelana daerah Sibuga, 6 orang ahli pengakap kanak-kanak dan 15 orang pengakap Kelana Banzai dan 5 orang pengakap Kelana Delta daerah kinabatangan. Kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat untuk melaksanakan ujian Lencana Perkhidmatan. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Mohammad Fikri Bin Zanal Abidin, pegawai perubatan klinik swasta (Mabello). Beliau mengajar teknik CPR dan ikatan atau balutan pada luka. Majlis penutupan kursus telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan, iaitu Encik Shopian @ Sufian Bin Nasir dan dihadiri oleh Encik Mohd Hatta bin Maaruf selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Pentadbiran dan Kelana serta Pesuruhjaya Daerah Sibuga
Started Ended
Number of participants
35
Service hours
420
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share