Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019
Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu. Merupakan program anjuran Pasukan Pengakap Kelana ‘B Udara (Banzai Rovers) Kinabatangan. Program ini telah bekerjasama dengan dua pasukan pengakap kelana lain iaitu Arkana Rovers dan Delta Rovers sebagai petugas bagi membantu dalam melancarkan lagi perjalanan program yang telah dirancang. Jelajah keamanan ini juga telah melibatkan para pemimpin sekolah serta pengakap kanak-kanak dalam daerah Kinabatangan.
Dengan slogan “kelana sabah bersatu” hal ini di rialisasikan dengan program jelajah ini,dimana ahli-ahli pengakap kelana di daerah Kinabatangan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dapat Bersama menjalankan suatu bentuk program yang mampu merapatkan lagi hubungan sesama ahli pengakap daerah di samping menyampaikan slogan keamanan melalui aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan di setiap sekolah terlibat yang pastinya menjadi saluran yang terbaik bagi pengakap daerah khususnya pengakap kelana di daerah Kinabatangan.
Program yang telah mengambil masa selama 5 hari ini telah Bermula pada 23 hingga 27 September 2019. Pemilihan tarikh ini adalah bertujuan untuk menyambut Bulan Keamanan Sedunia yang dianjurkan pada bulan September tahun 2019.
Program jelajah ini telah dijalankan di 5 lokasi yang berbeza iaitu di SK Jaya Baru,pada 23 September. Manakala, pada 24 september lokasi program di SK Bukit Garam 2 yang telah melibatkan 2 unit pengakap iaitu pengakap kanak-kanak dan pengakap khas.26 September pula, Jelajah Keamanan dilaksanakan di SK Singgah Manis. Akhir sekali, pada 27 september,di dua lokasi serentak iaitu SK Kuala Suan Lamba dan seterusnya jelajah di tamatkan, di SK Kg. Suan Lamba.
Program ini telah melibatkan 174 orang secara keseluruhannya yang melibatkan petugas pasukan pengakap kelana, pemimpin, pengakap kanak-kanak dan pengakap khas.Pasukan pengakap kelana menyertai secara sukarela. Manakala, pengakap kanak-kanak dan pengakap khas dipilih oleh pemimpin kumpulan pengakap berkenaan. Namun, adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan semua ahli pengakap terlibat secara langsung dalam Jelajah Keamanan ini.
Justeru, aktiviti dalam jelajah ini adalah menjalankan aktiviti kolaj keamanan, mewarna poster dan membuat kad ucapan keamanan. Bahan-bahan yang telah disediakan adalah seperti kertas A4, warna, kertas A4 yang mempunyai lakaran hitam putih logo MoP, gunting dan gam. Pengakap kelana telah membantu dalam membimbing pengakap kanak-kanak serta pengakap khas untuk melaksanakan semua aktiviti yang telah dijalankan.
Secara keseluruhannya, Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu ini banyak memberikan pendedahan yang baharu mengenai konsep keamanan yang cukup meluas dalam makna serta peranan kami untuk menyebarkan secara teori serta praktikalnya. Tuntasnya,jelajah keamanan ini telah membawa makna kepentingan kebersamaan dan berperanan untuk mengikat hubungan persaudaran antara satu sama lain.