Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019
Malaysia

Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019

Seramai 174 orang pemimpin kelana dan pelajar kinabatangan yang telah menyertai jelajah keamanan kelana sabah bersatu. Program ini telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap B Udara ( Banzai Rovers ) Kinabatangan dengan kerjasama daripada Arkana Rovers, Delta Rovers dan 5 buah sekolah kebangsaan di kinabatangan. Program ini telah diadakan dilima buah sekolah yang terpilih iaitu  SK Jaya Baru, SK Bukit Garam II, SK Singgah Manis, SK Kuala Suan Lamba dan SK Kampung Suan Lamba dan telah berlangsung selama 5hari bermula 23/9/2019 hingga 27/9/2019, antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan kolaj keamanan, pertandingan mewarna poster dan pertandingan membuat kad ucapan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara, pemimpin kelana dan pelajar didalam daerah, memupuk sifat tolong menolong antara pengakap, sama dengan cogan kata " kelana sabah bersatu ". Akhir sekali, program jelajah keamanan kelana sabah bersatu ini banyak memberi saya pendedahan yang baru mengenai konsep keamanan yang cukup meluas makna dan peranannya, semoga program ini dapat dijalankan lagi didalam daerah pada masa masa akan datang.

Started Ended
Number of participants
174
Service hours
6264
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share