Jambori Pengakap Kedah ke-5 & Persaudaraan Antarabangsa
Dengan tema "Pengakap Membina Pembanggunan Insaniah", Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah (PPMNK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) telah menganjurkan Jambori Pengakap Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa pada 08 hingga 12 Ogos 2017 yang bertempat di Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Bukit Tangga Bukit Kayu Hitam, Kedah. Setiap kontigen 40 peserta termasuk pegawai. Peserta hendaklah berumur 13-17 tahun. Terdapat juga penyertaan dari kelana/ahli persaudaraan B-P.