Jambori Nusantara (JAMNUS) Kali Ke 2
Setelah hampir 3 tahun Kem Pengakap Tiku tidak digunakan untuk anjuran perkhemahan yang besar, pada tahun 2019 Kem Pengakap Tiku menyinar lagi dengan perkhemahan Jambori Nusantara kali ke 2, di mana Jambori Nusantara kali pertama bertempat di kompleks sukan Tawau.
Perkhemahan Jambori Nusantara (Jamnus) kali ke 2 ini berlangsung selama 4 hari iaitu pada 23 Mac hingga 26 Mac 2019. Perkhemahan ini terbuka kepada semua ahli Pengakap termasuk pemimpin dan kelana. Jamnus ini juga menjadi perkhemahan antarabangsa, hal ini kerana pengakap indonesia (pramuka) juga turut serta dalam perkhemahan kali ini.
Seramai 1500 orang peserta yang menyertai Jambori ini yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin, Kelana, Pengakap Muda,Remaja dan Pengakap Kanak-kanak serta Pramuka dari seberang turut menyertai Jamnus ini.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Jamnus kali ke 2 ini seperti, khidmat masyarakat, ilmu pengakap, sukaneka, serta malam kebudayaan.selain itu, terdapat pelbagai acara di pertandingkan juga seperti, pintu gerbang, pioneering, memasak ala masakan rimba, mini gajet, pertandingan sukan rakyat serta “standard Camping”. Menariknya perkhemahan kali ini, pihak penganjur juga turut
Kesimpulannya, Jambori Nusantara kali ke 2 ini berjalan dengan jayanya. Perkhemahan sebegini sangat bermanfaat kepada semua golongan. Hal ini demikian, hubungan silaturahim antara yang muda serta yang tua, mahupun masyarakat dari negara lain akan menjadi lebih akrab. Hal ini, mereka sentiasa bersama-sama melakukan aktiviti. Perkhemahan sebegini turut, mendisiplinkan diri serta mepupuk jati diri yang tinggi