JAMBORI NUSANTARA ANTARABANGSA TAWAU 2019
Jambori Nusantara kali ke 2 pada tahun 2019 yang diadakan Di Kem Pengakap Tiku,Tawau adalah bertujuan mengadakan suatu program perkhemahan yang mampu membuka peluang kepada golongan kanak kanak & Remaja untuk mempunyai sifat kepimpinan yang baik. sesuai dengan slogan " Buat Sehabis Baik " di mana peserta diberikan pendedahan, pengetahuan serta pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang menarik kepada semua peserta yg terlibat. Jambori Nusantara 2 ini bermula 23 Mac hingga 26 Mac 2019, mengambil masa selama empat hari dan tiga malam.
Selain itu,dengan penganjuran Perkhemahan Antarabangsa ini,sekaligus dapat mempromosikan bandar tawau yang merupakan bandar ketiga terbesar di sabah. Ini termasuklah Kem Pengakap Lagenda Tiku Tawau sebagai pusat aktiviti pengakap yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa.
Penyertaan seramai 1500 orang peserta yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin, Kelana, Pengakap Muda,Remaja dan Pengakap Kanak-kanak. Termasuk penglibatan peserta dari luar negara contohnya Pramuka Indonesia daripada seberang turut menjayakan Jambori Nusantara kali ke 2.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti Ilmu pengakap, Khidmat masyarakat, Sukaneka, Malam Kebudayaan (semua jenis tarian tradisional dipertandingkan), Pioneering, Kraftangan(bertema), Standard camping(pemeriksaan dibuat setiap pagi), pintu gerbang yang dipertandingkan, pertandingan memasak(bertema), futsal, bola tampar dan sepak takraw.
Kesimpulannya,program perkhemahan seperti ini sangatlah memberi kesan dalam membentuk sahsiah diri seorang ahli pengakap yang mampu berdaya saing,berilmu serta berdisiplin di samping mempromosikan pengakap sebagai sebuah pergerakan yang mampu memberikan kebaikan buat generasi muda Negara.