Indahnya bersedekah di Bulan Ramadhan
Kelana E Tawau telah menganjurkan sebuah program sedekah semasa bulan ramadhan di sekitar Tawau. Pesuruhjaya Merotai, Skip Rusli turut mengikuti program ini bersama ahli pengakap kelana yang lain. Program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki berbuka bersama warga Tawau sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Lokasi program ini berjalan bermula di Masjid Al Khautar Tawau sehingga Persisiran Traulsen/Highway Tawau. Ahli pengakap kelana yang terlibat turut berbuka puasa bersama warga Tawau yang lain.