Help the Community by SWA Project
Malaysia

Help the Community by SWA Project

Sehari sebelum berangkat ke Johor, saya dan Anisah Farihah telah membeli barangan serta kelengkapan untuk dibawa ke Kampung Orang Asli Peta, Johor. Setelah segala persiapan telah diangkut, kami dari Terengganu telah memulakan perjalanan pada waktu malam iaitu pada pukul 10 malam. Hal ini supaya kami dapat sampai di sana pada waktu pagi dan projek ini dapat dilakukan pada waktu siang. Kami ke sana dengan menaiki sebuah van dan sebuah kereta pacuan empat roda. Sesampai kami di sana, kami semua ke SK Peta untuk berehat sebentar dan mengemas barang-barang yang telah dibawa. Kami menetap di SK Peta selama tiga hari dua malam sepanjang menjalankan projek ini. Kami yang mempunyai dua kumpulan telah dipecahkan kepada beberapa kawasan untuk menggali lubang untuk memasang tiang lampu. Kami melakukan aktiviti menggali lubang sehingga lewat petang dan akan menyambung semula perjalanan projek pada keesokan harinya. Seterusnya pada waktu malam, kami mengadakan sedikit perbincangan untuk perjanan projek pada keesokann hari. Aktiviti pemasangan dan menyimen tiang dilakukan pada awal pagi supaya proses ini tidak memakan masa sehingga lewat malam. Akhinya, kesemua tiang dapat dipasang sebelum hari semakin gelap. Maka, kami dapat melihat keberkesanan lampu tersebut pada waktu malam dan memastikan lampu tersebut menyala dengan baik. Setelah itu, kami pulang semula ke sekolah untuk tidur. keesokannya setelah berpuas hati dan berjumpa dengan pihak sekolah dan tok batin, kami pun pulang ke UMT.
Started Ended
Number of participants
12
Service hours
108
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share