Hari Kokurikulum USM 2017
Program Hari Kokurikulum USM 2017 merupakan sebuah program wajib yang akan dijalankan setiap tahun. Pada hari tersebut saya berperanan untuk menjaga booth pameran memperkenalkan tentang "Pengakap" kepada pengunjung. Antara barang yang dipamerkan ialah skarf, gajet-gajet kecil, buku log, lencana dan banyak lagi. Kami juga menyediakan sebuah permainan untuk pengunjung iaitu mengenai ikatan. Kebanyakan pengunjung amat tertarik dengan keunikan pengakap ini. Pada sekitar 3 petang, pameran ini dibuka.