HARI KOKURIKULUM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2016/2017
Hari Kokurikulum adalah satu acara penting yang diadakan sebagai kesinambungan kepada teras Apex fasa dua yang salah satunya menekankan kepada teras pengorbanan iaitu bersedia untuk melakukan apa sahaja usaha yang berterusan dengan tulus ikhlas untuk menjayakan misi universiti yang dipegang bersama-sama demi mendapat keredaan Tuhan dan menjayakan amanah yang dipegang. Bukan itu sahaja, semangat ini perlu datang dari hati atau qalbu berteraskan semangat Saya Sayang USM dan Memacu kecemerlangan. Sebagai mahasiswa, adalah wajar untuk kita menggerakkan program bagi memenuhi masa mahasiswa di universiti sekaligus menyokong aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…” serta aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) iaitu “…graduan holistik dan seimbang, pemantapan tadbir urus, keunggulan global dan tranformasi pencapaian pengajian tinggi…”.
Ahli KLKM USM telah mendapat tugasan sebagai SETIAUSAHA AGUNG yang diterajui oleh saya sendiri bersama rakan baik saya iaitu Saudari Nurul Huda Mohd Zain dan bertugas sebagai AJK Penajaan Hari KOK juga iaitu saudari Nur Najjah Abd Manas, Norsyuhadah Mohammad, Imelda dan Muhd Solahuddin