HARI INTERAKSI & MENTOR MENTEE DI USM
Program Hari Interaksi & Mentor Mentee ini memberi pendedahan kepada mahasiswa baru di USM untuk mengenali kawasan di sekitar USM dan bersoal jawab bersama Senior mereka bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai gaya pembelajaran di sini. Saya menjadi salah seorang mentor kepada mahasiswa daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Saya berkongsi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang 3 tahun berada di USM.