HARI INTERAKSI AHLI KLKMUSM LEVEL 100 2016
Hari interaksi ahli KLKMUSM Level 100 diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih terperinci mengenai Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKMUSM) kepada ahli baru yang ingin bergiat aktif dalam unit beruniform ini. Bukan itu sahaja, melalui hari interaksi ini jugalah ahli baru dapat berkenalan dengan barisan Majlis Tertinggi KLKMUSM sidang 2016/2017 bersama dengan Pengerusi Rancangan KLKMUSM bahkan sesama ahli baru juga kerana mereka daripada latar belakang yang berbeza dari segi kursus, pusat pengajian, negeri dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi memeriahkan lagi hari interaksi ini supaya ahli baru dapat merasai KLKMUSM bukan sahaja unit beruniform yang mementingkan etika disiplin namun lebih terarah kepada konsep kekeluargaan.
aktiviti ini semakin meriah apabila Pengerusi Rancangan KLKM USM iaitu Dr. Mohd Anuar Arshad bersama-sama mengikuti aktiviti ini dan memberi talk berkaitan leadership dan sebab mengapa memilih KLKM USM sebagai badan beruniform.
sebarkan cinta kepengakapan kepada ahli KLKM USM.