FACE SHIELD FROM THE SILENT KILLER
Pada 25 Mac 2020,saya bersama 19 orang Pasukan Pengakap Kelana B,Blackflurry Pasir Mas yang diketuai oleh NOR AZLIN BINTI MAT NOR -telah memulakan satu projek iaitu FACE SHIELD HEROES.Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk membantu Petugas-petugas di Barisan Hadapan seperti Doktor,Jururawat,Tentera,Polis dan semua yang terlibat untuk menjalankan tugas semasa Pandemik Covid-19,untuk mengelak virus ini daripada terus merebak ke seluruh Malaysia.Jumlah perisai muka yang kami hasilkan sebanyak 10,637 unit.
-Face shield ini dihasilkan di rumah Pemimpin Pengakap Blackflurry Rovers di Kampung Banggol Ara Pasir Mas,Kelantan seramai 10 orang,selain daripada itu saya dan juga 9orang anggota yang lain menghasilkan projek ini di rumah masing-masing kerana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Kami juga memohon sumbangan orang ramai untuk membantu petugas di barisan hadapan yang memerlukan bantuan perisai muka ini melalui media sosial, untuk melakukan perisai muka ini secara DIY.Kami menerima sumbangan bukan sahaja berbentuk kewangan malahan daripada barang-barang untuk menghasilkan Face Shield tersebut.