Face shield project to fortliner Covid-19
Projek perisai muka (face shield) ini merupakan suatu daya usaha yang telah diambil oleh pengakap kelana udara kota bharu bagi membantu para barisan hadapan yang memerlukan pelindung muka dalam menjalankan tugas mereka.
projek ini bermula apabila pengakap kelana daerah Tawau menganjurkan "PROJECT FACE SHIELD HEROES" untuk membantu barisan Frontliners di hospital. Melihat pada situasi yang sedang berlaku, pengakap kelana udara kota bharu berharap dapat bersama-sama membantu untuk meringankan beban para pejuang barisan hadapan negara yang sedang menjalankan tugas. Oleh itu, pada 26 Mac 2020, kami memulakan gerak kerja kami dengan mencari segala peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan perisai muka @ face shield yang mana, ianya dihasilkan secara DIY.
Berikut adalah lokasi yang mendapat sumbangan Perisai Muka @ Face Shield yang kami hasilkan ini : -
1) Hospital Raja Perempuan Zainab ii (2000 unit)
2) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (2000 unit)
3) Makmal Kesihatan Awak Kota Bharu (100 unit)
4) Pejabat Kesihatan daerah Bachok (300 unit)
5) Unit Kecemasan Hospital Machang (200 unit)
6) ICU Hospital Kuala Krai (300 unit)
7) Serahan kepada Hospital Kuala Lumpur (2070 unit)
8) Hospital Besut (400 unit)
9) Poliklinik Al- Hafiz (20 unit)
Jumlah :
Pada awalnya, kami hanya mensasarkan sebanyak 2500 unit sahaja kerana kekurangan tenaga kerja, namun sasaran kami telah berjaya pada hari ke 5 projek pembuatan perisai muka ini. Kami meletakkan sasaran baru sebanyak 6000 unit. Disebabkan kesukaran mendapatkan bahan penghasilan perisai muka serta kekurangan tenaga kerja, maka projek ini mengambil masa selama 15 hari bagi mencapai sasaran kami. Pada 9 April 2020, kami berjaya menghasilkan sebanyak 6500 unit perisai muka. Maka dengan itu, tamatlah fasa projek pertama kami ini di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan untuk fasa pertama dan kedua.