FACE SHIELD FOR OUR FRONTLINERS
KLKM UMK telah menyertai Projek Rovers Face Shield Heroes daripada kelana daerah Pasir Mas yang dikenali sebagai Pasukan Pengakap Kelana B-Blackfurry rovers. Oleh kerana Malaysia juga tidak terkecuali daripada wabak covid-19, kami turut membantu dalam menghasilkan alat perlindungan muka dalam menangani wabak covid-19. Pada 26 Mac 2020, kami memulakan kerja-kerja alat perlindungan muka di Kolej Kediaman Taman Bendahara UMK. Seramai 3 orang kelana KLKM UMK telah terlibat dalam menghasilkan pelindung muka secara DIY. Ahli krew kelana mematuhi semua arahan serta SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan projek pelindungan muka.
Berikut adalah lokasi yang mendapat sumbangan Perisai Muka @ Face Shield yang kami hasilkan ini : -
1) Hospital Raja Perempuan Zainab ii (2000 unit)
2) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (2000 unit)
3) Makmal Kesihatan Awak Kota Bharu (100 unit)
4) Pejabat Kesihatan daerah Bachok (300 unit)
5) Unit Kecemasan Hospital Machang (200 unit)
6) ICU Hospital Kuala Krai (300 unit)
7) Serahan kepada Hospital Kuala Lumpur (2070 unit)
8) Hospital Besut (400 unit)
9) Poliklinik Al- Hafiz (20 unit)
Jumlah :
Pada awalnya, kami hanya mensasarkan sebanyak 2500 unit sahaja kerana kekurangan tenaga kerja, namun sasaran kami telah berjaya pada hari ke 5 projek pembuatan perisai muka ini. Kami meletakkan sasaran baru sebanyak 6000 unit. Disebabkan kesukaran mendapatkan bahan penghasilan perisai muka serta kekurangan tenaga kerja, maka projek ini mengambil masa selama 15 hari bagi mencapai sasaran kami. Pada 9 April 2020, kami berjaya menghasilkan sebanyak 6500 unit perisai muka. Maka dengan itu, tamatlah fasa projek pertama kami ini di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan untuk fasa pertama dan kedua.