
Covid-19 Membunuh
bermula dari ayah, yang mengambil bahagian dalam menguruskan covid. saya merasa terpanggil untuk menyertai perkhidmatan menguruskan jenazah covid
bermula tahun 2019, malaysia dilanda satu virus yang dinamakan Covid-19 dan telah merebak secara meluas di seluruh malaysia. ayah saya sebagai seorang petugas pengurusan jenazah di hospital sungai buloh. pada waktu tersebut petugas hospital kekurangan tenaga untuk menguruskan jenazah covid yang makin hari makin meningkat. saya merasa terpanggil untuk membuat perkhidmatan secara sukarela. saya mula berkhidmat hujung mac 2019 sehingga kini iaitu 2022. 3 tahun membuat perkhidmatan secara sukarela.
impak yang sangat besar saya dapat adalah saya membantu seluruh rakyat malaysia dalam menguruskan jenazah covid kerana tidak semua yang berani untuk membantu dalam menguruskan jenazah covid. hal ini kerana pengurusan jenazah covid ini adalah 100% terdedah kepada penyakit dan untuk pengetahuan, saya dan ayah juga pernah menjadi salah seorang dari pesakit covid dalam masa menguruskan jenazah covid. impaknya saya dapat membantu seluruh rakyat malaysia dalam memudahkan pengurusan tersebut.
saya pelajari bahawa penyakit covid ini adalah sangat merbahaya kepada seluruh rakyat malaysia. Tidak kira umur, masa dan pangkat yang diduduki, penyakit ini boleh membawa kepada kematian dan kehilangan orang yang kita sayang, jagalah diri, jagalah penjarakan dan sentiasa pakai pelitup muka.