CINTAI ALAM SEKITAR DALAM KEPENGAKAPAN
Peserta dapat merapatkah hubungan silaturahim dan mengenali alam sekitar dengan lebih dekat (flora dan fauna). Peserta juga mempelajari penggunaan komputer dan IT dengan lebih meluas dan mempelajari ilmu literasi komputer kerana perkhemahan di adakan secara talian.
Pada 2 hingga 5 September 2021, seramai 105 orang penolong pemimpin Pengakap IPGKTI KLM17 telah menyertai perkhemahan unit beruniform secara dalam talian. Dalam perkhemahan ini, peserta mempelajari tentang kembara, kawad kaki, tali dan simpulan, pertolongan cemas dan persembahan kebudayaan(campfire).
Peserta dapat membentuk ketahanan diri dan kemahiran asas dalam perkhemahan.
Peserta dapat memupuk pembangunan diri dari segi kemahiran sosial dan peribadi.