Bukan Sekadar Memadam Api

Bukan Sekadar Memadam Api

Kursus Pemadam Api peringkat WP Labuan yang dianjurkan dengan kerjasama Pegawai Bomba dari Balai Bomba Labuan disertai oleh 74 orang ahli Penngakap Muda dan 11 orang pemimpin Pengakap. Kursus kali ini disertai 6 kumpulan Pengakap iaitu SMK Mutiara, SMA MAIWP, SMK Labuan, SM St. Anne, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Lajau. Kursus setengah hari ini dijayakan dengan kekuatan 13 orang anggota Bomba dan penyelamat yag diketuai oleh PkPgB Azlan Bin Talin. Ahli pengakap mendapat pengalaman berharga tentang jeis dan punca kebakaran, jenis pemadam api dan cara untuk mengendalikannya. tindakan yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan kebakaran kecil seperti kebakaran enjin kenderaan . ahli juga diajarkan cara tindakan yang perlu jika berlaku hal kecemasan berkaitan kebakaran . Pihak Pengakap WP Labuan amat berbesar hati dengan dedikasi dan kesungguhan anggota Bomba dan penyelamat dalam membantu anak-anak Pengakap untuk mempelajari kemahiran yang penting ini. kursus setengah ini dilengkapi dengan ujian bertulis untuk memastikan anak-anak Pengakap berjaya mendapat ilmu Pemadam api.

Number of participants
85
Service hours
510
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share