Bengkel Penyediaan Laporan Tahunan Persekutuan Pengakap Malaysia 2019
engkel ini mengumpulkan 48 pemimpin Pengakap dari seluruh negara bertujuan untuk menaik taraf dan memberikan latihan cara untuk menyediakan laporan tahunan yang berwibawa. Dalam bengkel tersebut peserta diajarkan tentang cara pengambilan foto yang sesuai untuk dilaporkan di dalam majalah tahuan mengikut garis panduan atau “check list” yang digunakan oleh WOSM. Cara melaporkan maklumat dan data dalam bentuk infografik. Kepentingan menyediakan laporan kewangan yang telah diaudit disampaikan oleh En. Rosni Mohd Daud, . Penulisan kandungan yang dapat menarik perhatian pembaca . “Pemilihan perkataan yang memberikan kesan positif perlu untuk menghasilkan laporan yang berwibawa” antara isi kandungan yang disampaikan oleh En. Ikram Mohamad Nor Wazir, Pengurus Besar Penerbitan PTS publications And Distributors Sdn. Bhd iaitu penceramah yang diuandang untuk berkongsi cara dan teknik menghasilkan laporan tahunan yang berkesan.
Di akhir bengkel, satu format baharu dihasilkan dan disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Major General Professor Dato’ Haji Mohd Zin bin Bidin untuk diguna pakai bagi tujuan menyeragamkan format pelaporan bagi Persekutuan Pengakap di Malaysia.