Bengkel Kepimpinan Wanita Peringkat Kebangsaan 2019

Bengkel Kepimpinan Wanita Peringkat Kebangsaan 2019

Seramai 50 orang Pemimpin Pengakap Wanita daripada setiap negeri telah menghadiri bengkel tersebut.  Tema bengkel bertajuk Memartabatkan Kepimpinan Pengakap Wanita yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian Hal Ehwal Wanita.  Objektif Bengkel  adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada pemimpin Pengakap wanita mengembangkan idea kepimpinan melalui aktiviti kepengakapan bersesuaian dengan pelan strategik PPM 2018-2023 dan menjana ilmu kepengakapan sebagai wadah ke arah pembinaan modal insan yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi.

Pengisian bengkel tersebut termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kebangsaan, Ceramah Pendidikan Keamanan, Lawatan ke Kompleks Darul Kifayah, Ceramah MOP yang bertajuk Memperkasakan Hal Ehwal Wanita melalui MOP, Ceramah Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Ceramah Better World Framework, Ceramah Safe from Harm, Ceramah Protokol Etika Makan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Prof, Emeritus Dr. Hajah Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, isteri kepada Ketua Pengakap Negara dan penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Started Ended
Number of participants
50
Service hours
900
Location
Malaysia
Topics
Personal safety

Share via

Share