BENGKEL ASAS PERTOLONGAN CEMAS KLKM-BSMM USM LEVEL 100 SIDANG 2017/2018
Bengkel Asas Pertolongan Cemas ini diadakan di Pusat Rancangan Kokurikulum, USM. Program ini merupakan usahasama KLKM dan BSMM. Pihak BSMM telah berkongsi asas-asas rawatan kecemasan. Antara rawatan kecemasan tersebut ialah bantuan pernafasan (cpr), balutan anduh untuk anggota badan yang patah dan sebagainya. Selain itu, bengkel asas pertolongan cemas ini juga bertujuan untuk melengkapkan lencana Perkhidmatan bagi ahli Kelana yang baharu. Dengan adanya bengkel asas pertolongan cemas, ahli Kelana mampu menerapkan pelbagai ilmu yang telah diberikan dan seterusnya mampu untuk berkhidmat kepada masyarakat. Salam Pengakap!